Divisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich
Divisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich

Divisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich

Divisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich adalah sebuah divisyen elit Nazi Waffen-SS semasa Perang Dunia II. Ia merupakan salah satu daripada 38 buah divisyen yang diketengahkan oleh Waffen-SS. Ia bertugas sewaktu pencerobohan Perancis dan mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran besar di Barisan Timur (terutamanya dalam Pertempuran Prokhorovka menentang Tentera Darat Ke-5 Pengawal Kereta Kebal didalam Pertempuran Kursk). Ia kemudian dipindahkan ke Barat dan mengambil bahagian dalam pertempuran di Normandy dan Pertempuran Bulge, mengakhiri perang dengan pertempuran sengit di Hungary dan Austria.Simbol bagi divisyen Das Reich ialah kuku serigala, atau Wolfsangel. Kesudahannya, Waffen-SS telah didapati bersalah kerana jenayah perang di Tribunal Nuremberg, dengan Das Reich sendiri terkenal melakukan, antara lain, pembunuhan beramai-ramai Tulle dan Oradour-sur-Glane.